Isnin, 4 April 2011

~KENANGAN ITU~



oh kenangan itu,
kembali lagi,
membawa ku terbang jauh,
kembali ke masa lampau
di mana aku tersenyum,gembira,bahagia,
menjalani kasih sayang antara kita,
di mana aku mengenal erti cinta,
ingin sajaku bawa jasadku ini kembali ke sana

oh kenangan itu,
tidak perlu lagi kau kembali kepadaku,
kau hanya membawa kebahagiaan palsu
yang hanya menyiksa jiwa merindu
kau hanya membawa sejarah hitampenuh kesengsaraan,
menumpaskan ego seorang lelaki,
air mata ini menjadi saksinya..

oh kenangan itu,
aku buntu kerana kau,
perlukah aku menyisipmu,
di celahan rimbunan memori indah?
atau di celahan sejarah hitam?
perlukah aku membuang kau dari rimbunan memoriku?
ingin saja aku membuangmu tapi tiada daya,
hanya kerna kau berjasa padaku,
mengajar erti kasih sayang dan cinta suci..

11112212? 

2 ulasan: